Followers

Saturday, October 31, 2015

October 31, 2015


Eh? Hai KLCC! Lama tak nampak...?

Hari ini Kuala Lumpur bebas jerebu! Yeay!





Friday, October 30, 2015

October 30, 2015


Errr... ini 'jaga' atau 'lena'...?




Thursday, October 29, 2015

October 29, 2015


Elok beli rumah ni... mesti tiada cukai pintu... sebab pintu pun tiada!

Baahaha..!





Wednesday, October 28, 2015

October 28, 2015


Misteri derma terbongkar
Sekarang uncle sudah tahu dari mana datangnya derma itu...!





Tuesday, October 27, 2015

October 27, 2015


Jangan selalu percaya dengan apa yang anda lihat...
...terutama pada gambar-gambar yang datangnya dari blog ini... hehe

(Siapa boleh teka apa perkataan penuhnya?)






Monday, October 26, 2015

October 26, 2015


Maafkan aku. 

Sesungguhnya aku tak sampai hati, namun apakan daya...

Selamat tinggal sayangku...! 

* tut *





Sunday, October 25, 2015

October 25, 2015


Oooo... kotak kuning bermaksud kawasan parkir... baru uncle tahu!

#sinis




Saturday, October 24, 2015

October 24, 2015



Nak bergerak guna minyak, nak masak guna minyak, nak rindu pun guna minyak...!
 

Jangan sapu banyak-banyak, nanti jadi orang minyak!





(Ehem.. Nak tergelak tengok KAKCIKNURSEROJA menyakat uncle di SINI )

Friday, October 23, 2015

October 23, 2015


Mengikut statistik, stoking lebih kerap ditinggalkan pasangan berbanding dengan manusia. ~ Sumber : Alam semulajadi.

(Bengang betul bila stoking hilang sebelah selepas mencuci, ni! Huh!)





Thursday, October 22, 2015

October 22, 2015


UNCLE: "Harum? Bisikkanlah pada ku, betapa harumnya rambutku..."

KUCING : "Kenapa telinga orang tua ni bau ikan? Ini mesti lepas makan tak basuh tangan terus korek telinga... Huh!"





Wednesday, October 21, 2015

October 21, 2015


Cik adik manis, kok ya pun nak bergambar dengan uncle, janganlah tangan tu sampai macam nak peluk uncle. Bukan apa. Jantung uncle dah tak kuat! Dup dap dup dap!




Tuesday, October 20, 2015

October 20, 2015

Guest #73


Dengan blogger tersohor Malaysia, Dr. Daddy Ziyyad / Macam Macam ada.

"Errr doc, ini uncle dah belanja ni.... boleh minta MC untuk esok...?"





Monday, October 19, 2015

October 19, 2015


Awas! Budak-budak 'hipster' melintas?

(Budak-budak 'hipster' memang suka pakai topi macam tu bukan?)





Sunday, October 18, 2015

October 18, 2015


Nasi lemak dan kopi uncle?
Kalau uncle makan di sini, ada harapan dapat percuma, tak?

#pokai








Saturday, October 17, 2015

October 17, 2015

Guest #72


Jejak kasih dengan sahabat lama, ARWIN ABD GHANI. Rakan arits yang sangat berbakat. 

Nak tengok karya beliau? Cari WIN MOTOR ART di facebook atau klik di SINI..!





Friday, October 16, 2015

October 16, 2015


Pertama kali tengok selipar dijual longgok-longgok atas lori macam jual durian..!

Entah-entah harga pun ikut timbang kati, kot? Baahaha...!






Thursday, October 15, 2015

October 15, 2015


"Pinjaman khas untuk kaum Islam"
Sejak bila agama dikira kaum? 

#JahanamBahasa!






Wednesday, October 14, 2015

October 14, 2015


Selamat menyambut Maal Hijrah 1437H

Bagi kawan-kawan yang mengambil peluang keluar bercuti, berhati-hati di jalan raya, ya!





Tuesday, October 13, 2015

October 13, 2015


Uncle memang selalu makan di kedai yang mencerminkan keperibadian uncle...

#perasan




Sunday, October 11, 2015

October 11, 2015




Tulis 'tidak halal' sudahlah..! Apa yang nak ditanggung tanggung lagi?

Baahaha!


(Dulu pernah jumpa kes yang sama di SINI)





Saturday, October 10, 2015

October 10, 2015


Selamat pagi yang ceria! Selamat Hari Sukan Negara!

Uncle sambut dari atas katil, boleh..? (...tarik selimut)





Friday, October 9, 2015

October 9, 2015


Entah mengapa, pagi-pagi fikiran rasa 'jem'

Masuk parkir untuk tenangkan fikiran.

Nak keluar parkir, ada kereta menghalang! Pemandunya pula tiada!

Bertambah 'jem' kepala otak! 'Jem!' 'Jem!' 'Jem!' 





Thursday, October 8, 2015

October 8, 2015


Eh, bukan... Nak salin nombor ini untuk kawan uncle... bukan untuk uncle...!

(Ya Allah ya tuhanku, janganlah isteri aku baca entri aku hari ni... amin...)




Tuesday, October 6, 2015

October 6, 2015


Mengapalah zaman uncle sekolah dahulu tiada benda-benda yang seronok macam ni?

...itu yang kadang-kadang terpaksa  ponteng  'isytihar cuti sendiri', tu...! Baahaha!




Monday, October 5, 2015

October 5, 2015


Uncle memang kagum dengan keyakinan mereka menggendong anak dengan hanya membuat simpulan kain yang mudah. Kadang-kadang siap boleh berlari anak lagi!

Uncle tak berani... uncle seriau!




Sunday, October 4, 2015

October 4, 2015


Rumah diserang anai-anai...! Okey, uncle isytihar perang!

Jahanam kabinet dapur uncle..!!!!!!!





Saturday, October 3, 2015

October 3, 2015


Eh, eh, eh... eloknya perangai 'bas' ni parkir di sini...!

#sinis




Friday, October 2, 2015

October 2, 2015


Bangun pagi sakit di leher. Nak toleh sakit. Dah keras macam robot.
Siapa ada petua nak redakan sakit ni? 

Tolong...!!!!