Followers

Tuesday, June 30, 2015

June 30, 2015


Basuh kereta, dapat hadiah... Basuh kereta, dapat hadiah...

Cukup! Uncle taknak hadiah!!!! :(



Monday, June 29, 2015

June 29, 2015


Bulan puasa ni, tengok lipas pun nampak macam kurma....

Huhuhu.....


Sunday, June 28, 2015

June 28, 2015


Ini rambutan? Rambutan yang gugur rambutnya, kot? Baahaha!





Saturday, June 27, 2015

June 27, 2015


♪ ♫ Bangau oh bangau, kenapa engkau kuuu...
...uuurang ajar tu patuk kepala aku♪ ♫ 





Friday, June 26, 2015

June 26, 2015


Di luar tulis pasar miniDi dalam kilang percetakan.

Inilah yang dimaksudkan dengan "Jangan menilai buku berdasarkan kulitnya."

#keliru




Thursday, June 25, 2015

June 25, 2015


Sepatutnya diterjemah begini... "Pelawat yang dikasihi..." Barulah selari dengan bahasa Inggeris tu, kan?

(Dah macam surat-surat cinta pula gamaknya! Baahaha!)





Wednesday, June 24, 2015

June 24, 2015


Peribahasa moden :

"Umpama lampu sorot yang tergantung pada kabel yang reput"

Maksudnya : Kalau lampu tu terjatuh di atas kepala, sakitnya tuhan saja yang tahu...




Tuesday, June 23, 2015

June 23, 2015


Aduh, gatalnya belakang. Nak garu tak sampai. 

Sebentar, uncle nak geselkan belakang uncle pada pokok ni...





Monday, June 22, 2015

June 22, 2015


Ini bukan pisang raja...  Ini pisang diraja..! Siap ada mahkota, tu...!

(Eh, tiba-tiba lapar...)




Sunday, June 21, 2015

Saturday, June 20, 2015

June 20, 2015


SRP ----> PMR ----> PT3.

Uncle zaman SRP. 

(Jurang generasi semakin melebar! Huhuhu!)





Friday, June 19, 2015

June 19, 2015


Kita sudah ada hari ibu, kita juga sudah ada hari bapa...
Sekarang ada 'Selamat hari ibu bapa'? Ini melampau!

(...bila nak ada hari blogger pula, kan?)




Thursday, June 18, 2015

June 18, 2015


SOALAN: Apa yang bila tiba ajal, tak perlu di kebumikan...?

JAWAPAN: Bateri kereta. Sediakan duit, ganti baru! 

(Siapa suruh pemilik kereta ni lupa nak padamkan lampu?)







Wednesday, June 17, 2015

June 17, 2015


Fuh! Nasib baik ada papan tanda arah ni. 
Boleh terlupa pula di mana uncle parkir tadi...

(Okey... siapa mahu tumpang..?)




Monday, June 15, 2015

June 15, 2015


Siapa tahu mengapa?

(Hanya pengguna basikal 'otai' yang tahu mengapa..! Haha)





Sunday, June 14, 2015

Saturday, June 13, 2015

June 13, 2015

Guest #66


Berkenalan dalam dunia blog sudah lama, akhirnya berjumpa juga dengan blogger yang sangat berbakat, DAYANG DENO...! Siap dapat buah tangan 'doodle' dari beliau! Yeay
Tak sangka Deno ni banyak cerita orangnya! 


Sepetang Bersama Blogger 2015 & YEO'S. Taman Cabaran, Putrajaya
Tahniah penganjur! Tahniah penaja! Tahniah AJK! Tahniah kawan-kawan!





Thursday, June 11, 2015

June 11, 2015


Zaman dahulu orang terpaksa keluar pagi-pagi ke sungai membawa bekas untuk dapatkan air... Zaman sekarang masih sama. Cuma bukan di sungai...




Wednesday, June 10, 2015

Tuesday, June 9, 2015

June 9, 2015


Uncle dilantik menjadi duta rasmi untuk serkop kepala ini. Bergaya, anggun dan ayu!

Siapa mahu beli? Beli satu dapat selfie dengan uncle percuma!





Monday, June 8, 2015

Sunday, June 7, 2015

June 7, 2015


Jam 12:05 pagi masih layan konsert metal! Pagi ni kena minta tolong aunty urut tengkuk... sebab semalam 'hayun kepala' banyak sangat. Huhuhu!

(Konsert Rockestra XPDC ~ Aku masih di sini ~ \m/)






Saturday, June 6, 2015

Friday, June 5, 2015

5 June, 2015


Alaaa...! Dah habisSelalu orang sedekah pisang di masjid... tapi hari ini ada orang sedekah nangka! 

Okey... minggu hadapan uncle datang awal! (hehe)



Thursday, June 4, 2015

June 4, 2015


'Cis'! 

Uncle baru tahu rupanya wujudnya hari National Cheese Day

Mesti ramai juga kawan-kawan yang tak tahu, bukan? Oleh itu... Selamat menyambut Hari Keju hari ini....! Maaf zahir dan batin! Baahaha!






Wednesday, June 3, 2015

June 3, 2015


Oooh... Suntex! Uncle sangka Suntik...!

(Uncle memang takut kalau doktor suka suntik ni! Tapi kalau misi yang suntik, uncle rela!)






Tuesday, June 2, 2015

June 2, 2015



Orang kata untuk melegakan sakit kepala, picit pada tapak kaki... pasti lega!

...tapi jangan pula picit kepala guna tapak kaki..  pasti gila!





Monday, June 1, 2015

June 1, 2015


Alamak! Terhantuk pokok pula
Sekarang semua orang sudah tahu uncle ini sebenarnya Superman!