Followers

Sunday, May 31, 2015

May 31, 2015


Hari ni tolong jaga anak sedara...

Semoga Muqri beri sedikit belas kasihan pada pakngah, ya... Kasihan pakngah dah tua!




Saturday, May 30, 2015

May 30, 2015


Setiap insan pasti pernah melalui saat cemas seperti ini...!

(Kreatif sungguh papan tanda ini, bukan? Baahaha)





Friday, May 29, 2015

May 29, 2015


Tu dia! Menu kantin sekolah sekarang! Western breakfast pun ada!

Apa menu kantin sekolah kawan-kawan semua dulu? Ingat lagi?









Thursday, May 28, 2015

May 28, 2015


Ish... mana pula pergi lipas tadi...? 
Kalau kamu semua nampak, boleh tak tolong ketukkan dengan tukul..?




Wednesday, May 27, 2015

May 27, 2015


Amboi, lentiknya punggung pembantu rumah tu..! 

Baik punya strategi pemasaran ni..!





Tuesday, May 26, 2015

May 26, 2015


Errr... Along ni nak bagi pinjam duit dia atau nak bagi pinjam lesen dia...?

#keliru





Monday, May 25, 2015

May 25, 2015


Hish budak-budak ni! Orang suruh berfikir di luar kotak...! Bukan lukis di luar kotak!

Baahaha...!




Sunday, May 24, 2015

May 24, 2015


Cheh, tertipu hari ini... Namanya kiri, tapi beloknya ke kanan...




Saturday, May 23, 2015

May 23, 2015


Tak usahlah cuba
Uncle takkan berganjak walau seinci! Uncle ni kepala batu!

(...tapi jangan jolok telinga... uncle ni penggeli!)





Friday, May 22, 2015

Thursday, May 21, 2015

May 21, 2015


Iniah wanita yang pernah mencium dan menggomol uncle...!

Selamat hari lahir yang ke 71, mak





Wednesday, May 20, 2015

Tuesday, May 19, 2015

May 19, 2015


Tahulah awak sayangkan motor, tak mahu kena panas. 
Tapi janganlah sampai orang nak lalu pun terhalang...

#menjengkelkan





Monday, May 18, 2015

May 18, 2015


Okey... ini satu-satunya pokok yang uncle tak akan berdiri di bawahnya...

#carinahas





Saturday, May 16, 2015

May 16, 2015


Kalau 'susu awal lembu' bermaksud  kolostrum yang dihasilkan oleh mamalia pada kandungan susu sebaik melahirkan anak dalam masa 48 jam pertama,

...apa pula yang di maksudkan dengan 'daging awal lembu...?'

(Garu kepala)





Friday, May 15, 2015

May 15, 2015


Oooo... Lintah sekarang sudah pandai duduk dalam kedai. Dulu dalam sawah...! Tak kisahlah. Geli tetap geli!

(Eh! Salah eja tu! Lintah. Bukan Linta!)





Thursday, May 14, 2015

Wednesday, May 13, 2015

May 13, 2015


Kelas Tuisyen Cikgu..? Ohhh... cikgu pun kena masuk tuisyen juga?
Okey, okey... ayat penuhnya ialah "Kelas Tuisyen Cikgu Mariyam"

(Jangan tiru, ya. Uncle dulu ponteng tuisyen...! Hehe)




Tuesday, May 12, 2015

May 12, 2105


Ini bukan sekadar pesakit luar...

Ini sudah jadi pesakit beratur sampai luar...!






Monday, May 11, 2015

Sunday, May 10, 2015

May 10, 2015


Menunggu giliran untuk menunggang kuda. Wang ringgit bukan menjadi soal bila ia sudah menjadi hobi dan minat. Cuma kuda uncle bukan yang ini. Kuda uncle yang di pasaraya tu, yang kena letak syiling seringgit...! Siap ada lagu lagi! Huhuhu...!




  

Saturday, May 9, 2015

May 9, 2015


Eh? Ini kesan kaki apa yang panjat dinding macam ni? Nak kata kucing, bukan. Tikus, bukan. Anjing lagi bukan! Takkan toyol kot?

Laaariiiiiiiii...!!!!










Friday, May 8, 2015

May 8, 2015


Pandai pula pelepah tu tersangkut betul-betul atas garisan tengah jalan! 
Kalau ketepi sikit, dah sah-sah menggangu lalu lintas!

(Uncle bukan tak nak tolong alihkan. Tapi takut terkena kejutan elektrik! Nanti esok siapa nak kemaskini blog?)





Thursday, May 7, 2015

May 7, 2015


Uih! Tingginya kepala paip?

Agaknya orang di sini semuanya tinggi-tinggi macam pokok kelapa, kot? (Bersangka baik)






Wednesday, May 6, 2015

May 6, 2015


Kaki ayam dah cuba.

Kaki lembu, dah cuba.

Kaki bola...? Yang ini belum cuba...!





Tuesday, May 5, 2015

May 5, 2015


Kata orang dahulu: "Jangan pandang-pandang, nanti malam terbayang..."

Kata orang sekarang: "Apa pandang-pandang, ada hutang?"






Monday, May 4, 2015

May 4, 2015


Baru nak lepak-lepak hari cuti, aunty paksa cuci tangkap! 
Ehem, berkilat tak tingkap hasil tangan uncle?



(Anak panah menunjukkan lukisan untuk entri 12 NOVEMBER 2014 masih belum dipadam! Ya! Uncle memang pemalas! Baahaha)






Sunday, May 3, 2015

May 3, 2015


Baik punya tempat lepak.... :D

(Jangan lori tu tiba-tiba brek mengejut, sudah! Terus lepak hospital!)




Saturday, May 2, 2015

May 2, 2015


Agaknya inilah tandas awam yang paling sempit di dunia
Lebarnya betul-betul ikut saiz pintu! Rasa macam masuk liang lahad pun ada!

Friday, May 1, 2015

May 1, 2015


Eh? Macam mana tiba-tiba boleh teringat... Selamat hari  buruh  pekerja, kawan-kawan!