Followers

Thursday, April 30, 2015

April 30, 2015


Amboi...! Ini nak jadi raja sehari atau nak jadi raja vandalisma..?





Wednesday, April 29, 2015

April 29, 2015


Tiada situasi menarik atau kejadian pelik yang uncle boleh kongsikan hari ini...

...selain dari uncle lupa nak sapu krim rambut...




Tuesday, April 28, 2015

April 28, 2015


Assalamualaikum bang, sedekahlah sekeping dua pada saya.
 Yang warna ungu tu pun okey juga...


(Kerja memasukkan atau mengambil wang dimesin ATM adalah kerja yang sangat berisiko tinggi) 




Monday, April 27, 2015

April 27, 2015


TEKA-TEKI : Ujian apakah yang tak memerlukan kita studi terlebih dahulu?


(Amboi! Jawapan punyalah besar di belakang tu!)






Sunday, April 26, 2015

April 26, 2015


Mana pergi murid-murid sekolah ni? Tinggal beg dan botol air saja? Halimunan semua? Entah-entah ini sekolah X-Mansion yang dalam cerita X-Men tu, kot





Saturday, April 25, 2015

April 25, 2015


Hei! Tak suka betul lalu lebuhraya berbumbung ni. Nak berselisih kereta pun tak lepas. SEMPIT! 

(Tapi kereta tolak, lah...)




Friday, April 24, 2015

April 24, 2015


Baahaha! Siapalah yang membuat onar meletak papan tanda 'untuk disewa' pada jamban!




Thursday, April 23, 2015

April 23, 2015


Eeeee!  "Tak aluuu." Nampak alur punggung!

(Klik gambar untuk imej yang lebih jelas. Hmmm... mahu ramai yang ketumbit hari ni...! Baahaha!)



Wednesday, April 22, 2015

April 22, 2015



(Hari ni uncle terpaksa mengembara jauh sedikit untuk foto selfie ini. Ada yang nak kirim apa-apa?)





Tuesday, April 21, 2015

April 21, 2015


Kepada puan isteri

Selamat hari lahir yang ke... 'ADOI...!' (kena cubit)





Monday, April 20, 2015

April 20, 2015


Hikayat murid-murid pulang dari sekolah. Jumpa pokok, panjat pokok. Jumpa kotak, main dengan kotak. Jumpa kerusi buruk, main dengan kerusi buruk. Sudahnya sampai rumah hampir senja!

(Psst... uncle dahulu pun lebih kurang juga! Baahaha!)





Saturday, April 18, 2015

April 18, 2015


Bilik dajah sekolah sekarang memang hebat! Warna merah jambu lagi!

(Sekolah uncle dulu, berdinding kayu cuma...!)





Friday, April 17, 2015

April 17, 2015


Bendera negara MALA

(...dah bendera pun setengah, nama pun setengahlah...!)





Thursday, April 16, 2015

April 16, 2015


Sebenarnya... uncle memang sudah lama menghidap penyakit TB 

'TB = Takut Bini'


(...eh, orang dalam gambar di belakang tu ada iras-iras uncle, kan?"


Wednesday, April 15, 2015

April 15, 2015


Huiii! Nasib baik uncle dah tua... kalau zaman kanak-kanak, habis uncle kutip buah jambu air tu kemudian kantung dalam baju, makan sambil berjalan keliling kampung...! Baru 'taiko'!




Tuesday, April 14, 2015

April 14, 2015


Ohh... 'Awas Basikal Melintas'... Kalau tiada tulisan tu, uncle sangkakan 'Basikal Atas Rakit'

Baahaha...!





Monday, April 13, 2015

April 13, 2015


Ambil satu pensel... hilangAmbil satu lagi pensel... hilang

Ke mana pula pergi pensel uncle ni? Ada hantu, kot..?


(Nak tergelak baca entri IZWA / BICARA HATI tentang main cak lempong dengan uncle! Lepas ni kita berbalas pantun pula, ya! Baahaha...!)




Sunday, April 12, 2015

April 12, 2015


'Tembikai wangi rock?' Pertama kali dengar, ni... Belilah...

JANJI ROCK! \m/





Saturday, April 11, 2015

April 11, 2015


Makhluk garang pun nampak tak garang bila duduk sebelah uncle..!

(Comel kan harimau tu? Baahaha!)




Friday, April 10, 2015

April 10, 2015


Dua tiga kucing berlari, Mana nak sama si kucing belang,
Dua tiga boleh ku cari, Mak ai... besarnya itu lubang...!


(Sila baca dengan gaya dan tonasi Jarjit dari Upin & Ipin untuk kesan yang lebih padu.)




Thursday, April 9, 2015

April 9, 2015


Mereka bergelandangan, tidur merata, makan tak menentu, namun mereka tetap comel...

:)



Wednesday, April 8, 2015

April 8, 2015


Ada sahabat nasihatkan amalkan makan nasi segenggam cuma.

...uncle dah lama amalkan makan nasi segenggem ni... tapi ikut sukatan tangan King Kong! Baahaha...!





Tuesday, April 7, 2015

April 7, 2015


Kereta yang dah lama tersadai pun dapat surat saman? Sudikah tuannya nak pergi bayar?




Monday, April 6, 2015

April 6, 2015


Wahai kaum adam! Lebih baik kamu mengaku! Kamu sesekali curi-curi tengok tutorial memakai tudung sebab 'awek' di dalam video itu 'cun'...! 

Uncle? Eh! Mana ada...!





Sunday, April 5, 2015

Saturday, April 4, 2015

April 4, 2015


Kata orang-orang tua, anak dara tak elok termenung di jendela. Nanti tiada lelaki masuk meminang... Agaknya yang ramai-ramai ni memang tak mahu jodoh, kot? :)

#jodoh





Friday, April 3, 2015

April 3, 2015


Comelnya mereka tolong-menolong berjalan sambil berpegangan tangan!

Semoga bila tiba hari uncle memerlukan bantuan berjalan, ada orang yang sudi pegang tangan uncle... (Air mata bertakung)




Thursday, April 2, 2015

April 2, 2015


Oh? Rupanya Kampung Pisang memang betul-betul wujud! Tapi mana zombinya?

#zombikampungpisang




Wednesday, April 1, 2015

April 1, 2015


"Anda diperhatikan."

Ada gambar teropong, tu! Agaknya orang yang meneropong tu siap menyorok dalam semak, kot? Baaahaha!