Followers

Monday, March 31, 2014

March 31, 2014


SEMPURNA! Pagi Isnin / Hari pertama persekolahan selepas bercuti / Kembali bertugas menjadi 'pemandu bas sekolah' / Jalan kembali sesak... Ya, wajah kami menggambarkan segala-galanya...!





Sunday, March 30, 2014

March 30, 2014


Matahari di sudut kertas lukisan adalah kemestian bagi lukisan kanak-kanak... kenapa, eh..?

(Psst... jangan kata mereka... uncle dulu pun sama! Siap berkaca mata dan senyum lebar lagi...! baahaha..!) 





Saturday, March 29, 2014

March 29, 2014


"Perasan cendekiawan..."

(Sijil di belakang tu, bukan milik uncle... tapi tumpang bergambar! Baahaha...)





Friday, March 28, 2014

March 28, 2014


Sepatutnya ditulis Zon Memancing... Sebab, batang dan kabel tunda tu halus sangat... dah macam joran pancing, dah...! Baahaha!




Thursday, March 27, 2014

March 27, 2014


Satu Awie. Yang satu lagi Sawi...

(Yang mana lebih garang..?)




Wednesday, March 26, 2014

March 26, 2014


Hari ini genap lima tahun uncle ber'selfie'...! 
Kepada yang memberi sokongan = Uncle akan teruskan, terima kasih...
Kepada yang melempar kutukan = Uncle akan teruskan juga... Booo..! Baahaha...!



(Ehem, video BB@40 terbaru belum siap... sibuk urusan kerja! Tunggu ya!)





Tuesday, March 25, 2014

March 25, 2014


Hari ini uncle berumur 45 tahun..!

(Kelihatan di belakang adalah sebahagian dari kaum keluarga)




Monday, March 24, 2014

March 24, 2014


Oh..! Seronoknya bila dapat berjalan berpegangan tangan dengan dia...

(Teman mak beli barang dapur... yeay!)




Saturday, March 22, 2014

Friday, March 21, 2014

March 21, 2014


Banyaklah dia punya 'paking'... 

Dia rujuk kamus manalah agaknya? Baahaha...!




Thursday, March 20, 2014

March 20, 2014


"Fuh, penat...! Baru keluar dari gym, nak mandi dulu. Badan maskulin kini berpeluh-peluh"

Syyhhh...! Sebenarnya uncle baru nak mandi pagi...! Alasan..!




Kami sama-sama pakai kaca mata. Sama-sama ada misai dan janggut. Siap beruban! Baju sama hitam. Umur pun kira sezaman...! Mungkinkah dia KEMBAR UNCLE yang lama terpisah...?  WAFA CW memang suka menyakat! Baahaha..!




Wednesday, March 19, 2014

March 19, 2014


Hebatkan imiginasi kanak-kanak? Hanya dengan sehelai kertas surat khabar, dialah kapten kapal, dialah ketua lanun dan apa saja yang terlintas difikiran...!

Uncle? Uncle sekarang adalah Kapten *SKL! (*Surat Khabar Lama) 




(Uncle betul-betul tak puas hati dengan EYRIQAZZ! Patutkah muka uncle yang ganas ini dikatanya ada muka iras-iras 'Aww..'? Lepas tu ditulisnya pula di blog dia? Grrrr...!) 




Tuesday, March 18, 2014

Monday, March 17, 2014

Sunday, March 16, 2014

March 16, 2014


"Mengejar kasut emas di padang keemasan..."

(Kasihan tengok padang ni... semakin kering rumputnya... #haraphujan)





Saturday, March 15, 2014

March 15, 2014


Ini nak minta diam, atau nak minta korek hidung...? Baahaha...!

(Klik gambar untuk visual yang lebih jelas...)





Friday, March 14, 2014

March 14, 2014


...hmmm.... di mana pula uncle letak kunci kereta tadi...?
Laaa...! Patut pun tak nampak! Ini teropong kertas, orang pakai teropong buluh...!
Baahaha...!



(Langkah demi langkah untuk menceriakan hati oleh WAFA CW" Mula-mula uncle tak percaya... setelah mencuba, memang terbukti berjaya. Jom cuba! Boleh baca di SINI... Selamat mencuba!)




Wednesday, March 12, 2014

March 12, 2014


Berbaloi beli snow cap mahal ni, barulah nampak macam rapper...!
Okey, uncle tipu... itu serkop kepala sekolah anak uncle...! Baahaha!




Soalan untuk SURIA AMANDA: Kopi-O mamak boleh tak? Janganlah minta Starbucks, mahal...! Apa cerita? Baca SINI...!




Tuesday, March 11, 2014

March 11, 2014


Tengok dari jauh nampaknya seperti bunga...
Bila tengok dekat, rupa-rupanya plastik terpakai...!

Kreatif juga, kan? Baiklah dari dibiarkan bersepah-sepah di tanah...


(NOTA: Alamak! OGY SIJEMARISENI cakap uncle macam biskut...? Apa hal? Baca SINI...)




Monday, March 10, 2014

March 10, 2014


Eh? Lubang apa tu? (pergi dekat...)
Lubang semut..? (Dekat lagi...)
Lubang tikus...? (lagi dekat...)
...atau lubang ular...? (Lari sambil sarung selipar di tangan...)


Nota kepada EYRIQASS: Sebenarnya uncle buat kad kecil bukan sebab unik... tetapi sebab jimat belanja, murah! Baahaha...! Klik SINI... 





Sunday, March 9, 2014

March 9, 2014


Aaauuummm...!
Ini namanya 'Gamel' = Garang + Comel.


Alamak! Uncle sudah kena perli dengan blogger superstar BRO FRAMESTONE lah...! Perli apa? Baca SINI. Aduhhh 23x...! Baahaha..!





Saturday, March 8, 2014

March 8, 2014


Sejuta tahniah kepada penganjur Sepetang Bersama Blogger & Yeo's 2014, DENAI HATI kerana menganjurkan acara yang sangat gilang-gemilang ini... Tahniah juga kepada rakan-rakan blogger yang hadir... acara ini berjaya!




Friday, March 7, 2014

Thursday, March 6, 2014

March 6, 2014


Mohon maaf... hari ini uncle muat naikkan gambar 'bercium'

(Ah... dah jangka, dah... kamu semua fikir lain...!!)




Wednesday, March 5, 2014

March 5, 2014


Aktiviti kokurikulum sekolah terpaksa dibatalkan berikutan jerebu yang melanda.

Kasihan anak uncle, lihatlah betapa sedihnya dia...




Tuesday, March 4, 2014

March 4, 2014


Oh ya... Sebelah kiri di belakang sana tu, KLCC, sana sikit tu Menara Kuala Lumpur, yang belakang sekali tu Putrajaya...

Jerebu oh, jerebu...! Semuanya hilang sudah...




Monday, March 3, 2014

March 3, 2014


Uncle sudah berjumpa dengan orang yang sangat anti dengan kempen kitar semua...

Baahaha...!




Sunday, March 2, 2014

Saturday, March 1, 2014

March 1, 2014


Amaran ini ditujukan kepada binatang yang berpelajaran...

...kalau tidak berpelajaran, mana mungkin binatang itu pandai membaca... kan?