Followers

Tuesday, January 31, 2012

January 31, 2012


Stim juga membawa maksud: a) marah, naik darah;    b) naik syahwat. 
(Rujukan Kamus Dewan



(Uncle masih di Kuantan)

Monday, January 30, 2012

January 30, 2012


Jangankan buah Cempedak... bau Cempedak pun tiada! Uncle tertipu!
(LOKASI: Pantai Teluk Chempedak, Pahang)

Sunday, January 29, 2012

January 29, 2012


Siapa kata blog ini tanpa senyuman...?

Saturday, January 28, 2012

January 28, 2012


Baju-baju di belakang tu, uncle yang seterika.... Ya! Sila beri tepukan gemuruh kepada bapa mithali... (sesiapa yang ingin memberi sumbangan kewangan, juga dialu-alukan)

Friday, January 27, 2012

January 27, 2012


Pokok yang subur menjanjikan  buah  ang-pau yang lebat..!?
Siapa lah tuan pokok ni...?!

Thursday, January 26, 2012

January 26, 2012


Uncle minta tolong picit-picit manja... Ini kepit-kepit derita...!
Kamu fikir kepala uncle ni buah manggis?

Wednesday, January 25, 2012

January 25, 2012


Semua orang berpeluang cuti panjang... blog ini juga yang tak cuti-cuti...

Tuesday, January 24, 2012

January 24, 2012



Tiada tempat yang lebih menggerunkan selain dari kedai gunting rambut... Lariiii....!!!

Monday, January 23, 2012

January 23, 2012


Apa pandang-pandang? Cemburu dengan rambut panjang uncle lah tu...! ~hehe...

Sunday, January 22, 2012

January 22, 2012


My playland...! Tapi uncle tidaklah berani terjun yang tinggi tu... takut tertinggal seluar macam Mr. Bean!

Saturday, January 21, 2012

January 21, 2012


"Aaaa... mali-mali-mali, mula-mula-mula, piley-piley-piley..!!!"

(7:38am /  Pasar Pudu)

Friday, January 20, 2012

January 20, 2012


Uncle sengaja simpan beras dalam balang kaca kerana uncle sangat mengutamakan benda yang nampak unik, artistik dan mungkin klasik...

Okey, uncle tipu... rumah uncle banyak tikus...

Thursday, January 19, 2012

January 19, 2012


Eh, eh... jangan lah lentuk sangat... uncle tidak mahu mengundang fitnah, nanti...

Wednesday, January 18, 2012

Tuesday, January 17, 2012

January 17, 2012


"Ini bukan lucah, ini kenyataan..."
(Kapsyen gambar ehsan dari SINI)




Masih sibuk di Pasir Gudang, Johor ~ petang balik KL

Monday, January 16, 2012

January 16, 2012


Penat. Baru check in hotel. Makan di mana yang menarik di Pasir Gudang, Johor ni..?
(Kalau ada yang jawab makan di mulut, lagi... I will randomly kill..!)

Saturday, January 14, 2012

January 14, 2012


Di zaman persekolahan, uncle sangat cekap dalam menghafal sifir...
Tapi hanya untuk sifir 1, sifir 5, sifir 10 dan sifir 11 sahaja lah... ~hehe


(Eh..? Kenapa muka uncle menyeramkan, hari ini..?)

Friday, January 13, 2012

January 13, 2012


Kejadian aneh... Jantung pisang atau jantung tanglung? Boleh sakit jantung ni...?!?!

Thursday, January 12, 2012

January 12, 2012


Bidik betul-betul. Kang buta mata uncle, kang...!







HIDEMICHI ada tanya uncle satu soalan... jawapanya adalah 'sudah tentu!' ~ haha..!

Wednesday, January 11, 2012

January 11, 2012


PEMBERITAHUAN UNTUK DADDY ZIYYAD
Uncle Gedek tiada ada kena mengena dengan lori mahupun pemandu lori di belakang secara langsung atau secara tidak langsung. Jangan pula ada yang buat road block dengan harapan dapat tengok uncle memandu sambil tersenyum... ~ haha...!

(Okey, hari sudah kembali di KL)

Tuesday, January 10, 2012

January 10, 2012


"Pilihlah aku, jadi teman mu... masak-memasak, serah padaku!"

(Maaf uncle tak dapat blogwalk... semalam di Ipoh, hari ini di Sabak Bernam) 

Monday, January 9, 2012

Sunday, January 8, 2012

January 8, 2012


Siapa-siapa yang kesempitan wang, sila beritahu uncle ya...? 'Pakcik kayo'

Friday, January 6, 2012

January 6, 2012


"Bayang-bayang tak pernah menipu..."
Okey uncle tipu... wayang kulit tu kira tipu, lah...

Thursday, January 5, 2012

January 5, 2012


Ikan laga uncle mati... semoga ia di tempatkan dengan ikan-ikan yang soleh...
(Klik SINI untuk memori sewaktu ikan ini masih hidup)








Terima kasih QIRAF kerana membuktikan uncle uncle juga ada wajah ekspresi gembira, sedih, bosan, marah, bangga, irihati dan malu... bukan hanya berwajah 'pokerface' seperti yang digembar-gemburkan selama ini.... (hehe)

Wednesday, January 4, 2012

January 4, 2012


Sama seperti tahun-tahun sebelumnya.
Nampaknya 'cikgu baru' tahun ini comel-comel belaka... Eh... maaf, maksud uncle 'murid baru'






Semalam 'pageview' blog ini cecah sampai beribu-ribu dan datang dari berbagai negara ini gara-gara muka uncle keluar di 9gag / Just For Fun. Geli hulu hati bila baca semua komennya...! Terima kasih AMEERULAFFIQ

Bacaan terakhir uncle tengok, terdapat 199 komen / 122 Tweet / 180 Facebook share / 47 Facebook like pada pautan itu ~ OK, uncle pengsan sekarang!

Tuesday, January 3, 2012

January 3, 2012


Motor ikan tiba, makcik-makcik datang untuk semak harga ikan yang terbaru...
Motor ikan berlalu, makcik-makcik tinggal untuk semak gosip yang terbaru...
(Uncle lalu je, okey!)








SANVIRUS kata uncle mungkin seksi kalau posing mulut muncung, mata bulat dan diambil dari pandangan atas... Uncle boleh buat.... tapi jangan pula kamu semua muntah pelangi nanti...! Haha!

Sunday, January 1, 2012

January 1, 2012


Say goodbye to year 2011 and welcome a brand new year 2012! Wishing a bright new year to all of the BB@40 followers & readers!

Sila abaikan cat pada muka tu... Uncle terlalu malu untuk bercerita... Uncle cuma nak merakamkannya buat kenangan mengusik jiwa.... Hu hu hu....