Followers

Saturday, December 31, 2011

December 31, 2011


PERIBAHASA MODEN:
"Apa guna berambut panjang kalau tak minat rock"






1) Kini uncle betul-betul syak yang blogger LADY WINDSOR ada alat 'Gedek Detector' kerana dia jumpa lokasi aksi uncle dengan tepat! Dulu uncle bergambar DI SINI, dia JUMPA. Semalam uncle bergambar DI SINI, dia pun JUMPA... Hahaha!

2) Sekarang uncle dah ada apprentices! Tak percaya? Jom tengok blog MUNAFENDY

Apa lagi...? Jom group hug! 

Friday, December 30, 2011

December 30, 2011


Tengah hari tadi uncle masak istimewa untuk anak-anak... Ayam Black Pepper dengan sayur Bak Choy goreng...! Sedap hingga menjilat jari...! 

Okey uncle tipu... Maggi kari... 







TAK SANGKA! Terima kasih AWIE OMAR telah memberi tiga penghargaan dalam Anugerah Ekstravaganza 2011... Walaupun anugerah ini dibuat atas kapasiti sendiri, uncle sangat berbesar hati dan amat berharap ia boleh membawa kepada gelaran Datuk satu hari nanti... ~pengsan!






Thursday, December 29, 2011

December 29, 2011


SOALAN: Cuba cari ikan yang menyarungkan Jersi Pasukan Bolasepak Kebangsaan Malaysia...








1) Terima kasih MAMA TUNZ kerana memilih blog ini sebagai blog pilihan 2011... (sambil kesat air mata) 2) Terima kasih PIDA kerana entry ini... "Kita kan geng..."

Cepat depakan tangan besar-besar... kita group hug!

Wednesday, December 28, 2011

December 28, 2011


Ada siapa yang sudi beri cadangan? Burung Merpati masak apa, sedap? (Sambil menyingsing lengan) Atau tangkap dan terus makan dengan bulu-bulunya sekali?

Tuesday, December 27, 2011

December 27, 2011


Selsema + bersin + sakit tekak = Lepak di rumah...

(Miserable me with my red clown nose)

Monday, December 26, 2011

December 26, 2011


Nasib baik ramai.... kalau tiada orang, sudah tentu uncle yang tertonggeng di sana...

Sunday, December 25, 2011

December 25, 2011


I love board games... the old fashioned way...

(Uncle selalu jatuh muflis bila bermain Monopoly dengan anak-anak..!)

Saturday, December 24, 2011

Friday, December 23, 2011

December 23, 2011


Membaca adalah amalan murni. Jadikan berkunjung ke kedai buku amalan anda. Pelbagai jenis buku yang mungkin menarik minat anda...








1) Gelaran Pakcikcamwhore sudah, Pokerface pun sudah.... Tapi kali ini AZIRA.. NOZIE.. KECHIK panggil uncle dengan gelaran PAKCIKMUKASTRET pula... Hahaha!

2) Uncle terjumpa kawan lama uncle (Zaman mIRC) Rupanya dia dah jadi blogger... Hai PIDA

Mereka ini memang nak kena group hug, ni...!

Thursday, December 22, 2011

December 22, 2011


Selamat tidur ANNISA, kami akan datang menyusul nanti... Al-Fatihah...

(ANNISA pernah menjadi guest #25 dalam blog ini)


Teruskan menyokong projek HOPE 2 WALK untuk An-Nur  (Adik kepada arwah Annisa)

Wednesday, December 21, 2011

December 21, 2011


1 in 2..? Jadi, yang mana satu? Selangor atau Kuala Lumpur...?!?!







1) Terima kasih pada TUNZ kerana senaraikan uncle dalam segmen '5 blog lelaki pilihan saya' Terharu peringkat tertinggi..!

2) Mungkin uncle sudah boleh bersara dari dunia blog ni, sebab uncle mula rasa tercabar dengan saingan terbaru ni... Siapa? Jom jenguk blog Cikgu ROSLAINI SAAD...! 

Apa lagi? Lama tak group hug ni...! (sambil depa tangan dan teleng kepala)

Tuesday, December 20, 2011

December 20, 2011


'Dewan Orang Ramai' yang lebih layak di panggil 'Dewan Hantu Ramai...'
Infrastruktur sudah ada, ditinggal pula...

Monday, December 19, 2011

December 19, 2011


Nampak tak 'nur' yang terpancar dari kepala uncle?

LOKASI: Galeria PJH, Presint 4, Putrajaya. 

Sunday, December 18, 2011

December 18, 2011

Guest #36


Dengan Dato' yang paling 'sempoi' di dunia, YBhg. Dato' Dr. Abdullah Al-Hadi Hj. Muhamed atau lebih dikenali dengan nama  Dato' LF . Err... orang yang di belakang itu pun tidak kurang 'sempoi' nya...

(Terima kasih kerana sudi menjemput hamba ke istana Dato' sempena perjumpaan blogger hari ini... Semoga jangan serik jemput hamba lagi...)


Saturday, December 17, 2011

December 17, 2011


Gotong-royong bersih dewan sekolah.
(Uncle hanya menunggu sirap percuma...)

Friday, December 16, 2011

December 16, 2011


Entri dakwah pagi Jumaat...
(Tapi uncle bukan pendakwah bertauliah, tahu...!)






Kamu semua kreatif tak? Kalau kreatif jom lah sertai kontes yang kawan baik uncle anjur ni... Hadiahnya? 1 X Makeup + 1 session portraiture + Fresh Flower Handbouquet bernilai sehingga RM630.00! Apa lagi? Klik QUINY TOUCH.

Thursday, December 15, 2011

December 15, 2011


WAKTU PAGI: Berduyun-duyun manusia bergegas keluar dari dalam lubang berkeliaran mencari rezeki.

MENJELANG PETANG: Berduyun-duyun mereka bergegas pulang ke dalam lubang menunggu esok keluar lagi...

Mungkinkah kitalah yang sebenarnya 'Tikus Kota'..?

(LOKASI: Pintu masuk Stesen LRT (bawah tanah) Masjid Jamek, Kuala Lumpur)

Wednesday, December 14, 2011

December 14, 2011


- Wordless Wednesday -

(Terkorban lah juga misai uncle lima - enam helai semasa nak buka pelekat ni... menyesal..!)








Jutaan terma kasih pada CIK PUAN NURUL kerana review blog ini... Jangan gelak 'sorang-sorang', orang pandang serong nanti...!

Tuesday, December 13, 2011

December 13, 2011


Benda yang kita tahu, tapi kita selalu buat-buat tak tahu...!



(Kamu semua pasti tahu 'Gadis James Bond' kan? Tapi tahu kah kamu yang wujudnya 'Gadis Gedek'...?)

Monday, December 12, 2011

Sunday, December 11, 2011

Saturday, December 10, 2011

December 10, 2011


Potong! Baru saja nak 'cuci mata'.... Puan isteri dah 'timbul' di belakang... Ha ha ha..!

Friday, December 9, 2011

December 9, 2011


Aini is always good with her hands... Ini 'karya' terbaru Aini selepas 'karya' pertamanya di SINI. Namun belum sekemas 'karya' ibunya tidak lama DAHULU.

Uncle, hanya tikus makmal mereka....

Thursday, December 8, 2011

December 8, 2011


I misplaced my reading glasses AGAIN...!
Nasib baik ada cermin mata isteri yang lama....

(Semoga isteri tak 'pantau' blog uncle hari ni... haha)

Wednesday, December 7, 2011

Tuesday, December 6, 2011

December 6, 2011


Tolong!! Orang gila! Orang gila...!

(ARAHAN MEMBACA: Jangan salah faham. Orang yang menjerit tu sebenarnya uncle, tahu... bukan perempuan yang di belakang tu..!)







MISI MURNI: Pernah dengar istilah Cerebral Palsy (lumpuh otak) dan Mitochondrial Disease? Klik SINI untuk info lanjut... terima kasih...

(Annisa pernah jadi Guest #25 dalam blog ini, tahu!)



Monday, December 5, 2011

December 5, 2011


Pasar Pudu: Bising, hanyir, lecak, sesak... kadang-kadang ia lebih 'seronok' berbanding dari hypermarket yang dimiliki oleh negara luar...

...dah lama uncle tak tengok orang 'jual ubat' macam tu...

Sunday, December 4, 2011

December 4, 2011


Pencarian baju sekolah, beg sekolah dan kasut sekolah bermula.... KOYAK!
Duit Bantuan Persekolahan RM100.00 dulu? Dah lama uncle convert jadi petrol..! Haha!

Kawan-kawan sudah mula membeli?

Saturday, December 3, 2011

December 3, 2011


How many times do I have to tell you, "Kepala jangan main, okay..!"
(Dulu pernah kena juga... Klik SINI)






Kesibukan kerja di hujung tahun ini membataskan uncle untuk berkunjung ke blog kawan-kawan semua. Mohon ampun, ya?! Bila musim sibuk berlalu, uncle akan membalas kunjungan dan membalas dendam sekali...

Friday, December 2, 2011

December 2, 2011


Dead or Alive..!
(Tak perlulah susah-susah nak tangkap uncle... reward ciput je..!)








Tak sangka ada orang buat ENTRI KHAS untuk ENTRI KHAS uncle tempoh hari... Terasa hebat bila kita dihargai, kan? Terima kasih kepada SCARLETT O'HARA atas entri tersebut...

Thursday, December 1, 2011

December 1, 2011


Harga katil di belakang tu dicatatkan RM22 ribu ++
Tapi kalau katil tu boleh mengelakkan mimpi ngeri, uncle beli...!







Cakap tentang mimpi, WANITA MUTALIB ada mimpikan uncle! Haha! Sama dengan mimpi hantu lah tu agaknya, kan? Heeeeehehehehee... (mengilai)

2) Maaf pada YAYAN'S kerana uncle baru teringat nak ucap terima kasih sebab review blog uncle tak lama dulu.... Maklumlah, orang tua, mudah terlupa!